Sukarnya hendak diungkapkan perasaan resah di hati..resah di hati hanya Allah sahaja yang tahu... Resah memikirkan hari esok dalam mengejar ilmu....dalam mencari yang terbaik..Permudahkan segalanya untukku , YA ALLAH....
"Sesiapa yang melalui suatu jalan kerana mencari ilmu pengetahuan, Allah akan memudahkan kepadanya jalan ke syurga"(Hadis riwayat At-Tarmizi)
Ya Allah..
Permudahkan segalanya untukku..
Permudahkan aku mencari ilmu pengetahuan..
Ya Allah..
Berilah aku petunjuk dan hidayah-MU..
Tetapkanlah hatiku di atas agama-MU,Agama Islam yang benar...
Ya Allah..
Berkatilah ilmu yang ku pelajari...
Berkatilah segala usahaku dalam mencari dan mengejar ilmu...
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang lemah, yang penuh dengan dosa..
Ya Allah..
Berilah aku kekuatan dalam usaha mencari cita-citaku....
Berilah aku peluang menjadi hamba-MU yang sentiasa mendampingi-MU..
Moga aku dapat merasai kasih sayang-MU Ya Allah...
Ya Allah...
Bukalah pintu untuk mentaati-MU..
dan tutup hari ini dengan ampunan dan keredhaan-MU...
Hilangkanlah resah di hati...
Berilah aku kedamaian dalam mengejar ilmu...
Berilah aku keyakinan dalam mendidik diri ini menjadi insan yang berilmu, husnul huluqdan insan yang sentiasa bersyukur atas nikmat-MU..
Aku sentiasa berdoa kepada-MU, semoga aku berjaya di dunia dan akhirat..
Semoga aku berjaya mengejar impian dalam mencari yang terbaik...
Ya Allah..
Perkenankanlah doa hamba-MU ini...
Engkau saja Maha Pengampun, Maha Pengasih dan Maha Penyayang...AMINN..
"Dan (Ingatlah) ketika Ibrahim meninggikan pondasi Baitullah bersama Ismail, seraya berdoa "Ya Tuhan kami, terimalah (amal) dari kami. Sungguh, Engkaulah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui" "
( Surah Al-Baqarah : Ayat 127)
0 perhatiannnn !:
Catat Ulasan